Thursday 10 March 2011

Aku bermula di sini

Lama sudah hati berkata-kata sendirian. Semua bicara dalam hati dan di dengar jiwaku. Tidak pun aku. Ya pun aku. Tiada perlu aku minta pendapat dari ampunya badan yang lain.


Wajarkah aku taipkan buat tatapan umum apa bicara hatiku.


Lama ku pendam. Bukan sekejap. Berhari-hari. Berbulan-bulan.Bertahun-tahun


Sudah lebih dari 10 kali aku cuba melakar BLOG seperti yang lain. Aku undur semula.


Hinggalah hari ini, ku lawan kata minda JANGAN.Ku tolak rasa RISAU.


Ku YAKIN dan BERSEMANGAT.


Berkeliru jiwaku dalam berlawan kemahuan dan keinginan.
Serabut...aku ambil dari sudut yang paling tepi.
Aku kais sedikit demi sedikit.
Aku simpan semula dalam kotak warasku hati-hati.
Aku mahu bicara aku selama ini dalam baris-baris ayat. 
Bukan aku mahu ia dibaca dan di bualkan dikhalayak.
Aku tidak minta.
Cuma aku ingin. Bicara hatiku diluahkan disatu laman yang tiada warna cemburu, umpat, benci dan yang selari dan sewaktu dengannya.
Cuma aku mahu.Biarpun hanya aku sendiri di sini selalu.

Salam buat si pembaca maya...

No comments:

Post a Comment