Bukan kita sangka. Tak pernah bermimpi pun. Ia datang tanpa di sedari. Nak dikata sengaja, tidak. Nak dikata dicari pun tidak. Kenapa boleh jadi jatuh hati.
Kadang-kadang terfikir, apa yang dirasa sama ke macam dirasa oleh orang lain. Kadangkala hati bicara tanpa ada pendengar hatta bingung mencari ruang untuk dilepaskan.
Jangan! Kata hati berdusta atau pura-pura. Sedang fikiran melamun mengenang akan dia. Minda lantas menuduh bodoh lah aku. Fikran ape merasuk. Tidak..aku tidak bodoh.
Aku main jemari sendiri. Bolehkah hati ini sekali lagi bercinta. Cinta dulu? Kenapa...ohh yang dulu tak bersungguh. Hanya hadir untuk keperluan ketika itu.
Boleh ke jawab begitu? Tapi hati pun berfikir waima minda sekali bersahut mengiyakan jawapan.
Salah. Salah. Tak boleh.Tak boleh. Kenapa. Haaa tu soalan bodoh.
Lihatlah cermin. Pandang , renung lah. Siapa di dalam cermin itu.
Orang itu siapa pada kamu. Bagaimana dia ada di situ. Dan kenapa dia ada di situ.
Oh. Susah nya bila dah jadi macam nie. Hai hati, kenapa begini jadinya. Jika ia baru tiba, hapuskan dari hatimu.
Aku sayang akan daku ini. Aku perlu berdiri lagi di sini. Aku mahu terus menghirup hidup yang selesa ini. Aku idamkan kebahagian dalam detik nafas ini. Aku mahu berlari dengan insan-insan yang sering menemani aku seabad ini.
Jatuh hati berlarutan. Tapi bicara terluah. Terbitlah CINTA.
Gedegang....Aaaaaahhhhhhhh....Allah.
Friday, 18 March 2011
Friday, 11 March 2011
Gempa Lagi
Baru free. Dari pagi datang kerja. Lunch hour pun terpaksa continue. Kena settle before 0430pm.
Hari ni cuti.....so xperlu nak lengah2 kerja. Makan ...petang nanti leh. Balik umah pun boleh makan.
Baru nak minum milo. Tu pun Milo O. Buat alas perut yang belum terisi dari pagi.
Tup-tup..buka internet.
Berita terbaru, Jepun dilanda gempa. Jantung aku berdebar kuat.
Ya Allah ini kah hari terakhir bagi kami?
Anak aku di rumah...Ya Allah, kau lindungi anak-anak ku.
Mak..Abah kat Kampung..Ya Allah peliharalah keduanya.
Abang...call abang..tengah driving.
"balik terus yea bang"...pujuk ku dengan kekasih hati ku.
"ada gempa kat Jepun. Hati-hati memandu yea."
Wahai Pemilik Alam, Ampunkan semua dosa ku, dosa suamiku, dosa kedua ibu bapaku dan anakanda kesayangku. Ampunkan kami semua. Lindungi kami, rahmati kami dan limpaahilah kami kebahgian dunia dan akhirat.
Wahai Yang Berkuasa keatas segalanya, jauhkan kami dari keburukan sikap kami, lindungi kami dari menzalimi diri kami dan peliharalah kami dari kerugian.
So..aku kena beransur sekarang.
Salam hari liburan buat aku diriku dan hidupku.

Thursday, 10 March 2011
Aku bermula di sini
Lama sudah hati berkata-kata sendirian. Semua bicara dalam hati dan di dengar jiwaku. Tidak pun aku. Ya pun aku. Tiada perlu aku minta pendapat dari ampunya badan yang lain.
Wajarkah aku taipkan buat tatapan umum apa bicara hatiku.
Lama ku pendam. Bukan sekejap. Berhari-hari. Berbulan-bulan.Bertahun-tahun
Sudah lebih dari 10 kali aku cuba melakar BLOG seperti yang lain. Aku undur semula.
Hinggalah hari ini, ku lawan kata minda JANGAN.Ku tolak rasa RISAU.
Ku YAKIN dan BERSEMANGAT.
Berkeliru jiwaku dalam berlawan kemahuan dan keinginan.
Serabut...aku ambil dari sudut yang paling tepi.
Aku kais sedikit demi sedikit.
Aku simpan semula dalam kotak warasku hati-hati.
Aku mahu bicara aku selama ini dalam baris-baris ayat.
Bukan aku mahu ia dibaca dan di bualkan dikhalayak.
Aku tidak minta.
Cuma aku ingin. Bicara hatiku diluahkan disatu laman yang tiada warna cemburu, umpat, benci dan yang selari dan sewaktu dengannya.
Cuma aku mahu.Biarpun hanya aku sendiri di sini selalu.
Salam buat si pembaca maya...

Subscribe to:
Posts (Atom)