Friday, 18 March 2011

Aku Terkenang - Bila Salah Jatuh Hati

Bukan kita sangka. Tak pernah bermimpi pun. Ia datang tanpa di sedari. Nak dikata sengaja, tidak. Nak dikata dicari pun tidak. Kenapa boleh jadi jatuh hati.
Kadang-kadang terfikir, apa yang dirasa sama ke macam dirasa oleh orang lain. Kadangkala hati bicara tanpa ada pendengar hatta bingung mencari ruang untuk dilepaskan.
Jangan! Kata hati berdusta atau pura-pura. Sedang fikiran melamun mengenang akan dia. Minda lantas menuduh bodoh lah aku. Fikran ape merasuk. Tidak..aku tidak bodoh.

Aku main jemari sendiri. Bolehkah hati ini sekali lagi bercinta. Cinta dulu? Kenapa...ohh yang dulu tak bersungguh. Hanya hadir untuk keperluan ketika itu.
Boleh ke jawab begitu? Tapi hati pun berfikir waima minda sekali bersahut mengiyakan jawapan.
Salah. Salah. Tak boleh.Tak boleh. Kenapa. Haaa tu soalan bodoh.

Lihatlah cermin. Pandang , renung lah. Siapa di dalam cermin itu.
Orang itu siapa pada kamu. Bagaimana dia ada di situ. Dan kenapa dia ada di situ.
Oh. Susah nya bila dah jadi macam nie. Hai hati, kenapa begini jadinya. Jika ia baru tiba, hapuskan dari hatimu.
Aku sayang akan daku ini. Aku perlu berdiri lagi di sini. Aku mahu terus menghirup hidup yang selesa ini. Aku idamkan kebahagian dalam detik nafas ini. Aku mahu berlari dengan insan-insan yang sering menemani aku seabad ini.

Jatuh hati berlarutan. Tapi bicara terluah. Terbitlah CINTA.
Gedegang....Aaaaaahhhhhhhh....Allah.

No comments:

Post a Comment